BANGI, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman merakam ucapan takziah di atas kemangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah.
“Merafak sembah ucapan takziah kepada Raja Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan seluruh kerabat diraja Kedah atas kemangkatan Tuanku Sultan Kedah,” kata Ustaz Abdullah dalam satu kenyataan.
Almarhum Tuanku Abdul Halim mangkat hari ini di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Baginda yang merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 – 2017) menjadi sultan pertama yang menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia sebanyak dua kali iaitu yang kelima (21 September 1970 – 20 September 1975) dan ke-14 (13 Disember 2011 – 13 Disember 2016).
The post Isma rakam ucapan takziah atas kemangkatan Tuanku Sultan Kedah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isma rakam ucapan takziah atas kemangkatan Tuanku Sultan Kedah
0 Komentar untuk "Isma rakam ucapan takziah atas kemangkatan Tuanku Sultan Kedah"