Gema Semua Maklumat

Israel ceroboh ruang udara Lubnan

Israel ceroboh ruang udara Lubnan

BEIRUT, 19 Zulhijjah 1438H, Ahad – Menteri Luar Lubnan, Gebran Bassil mengarahkan wakil tetap negaranya dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memfailkan aduan segera terhadap Israel kerana menceroboh ruang udara negara itu.

Majlis Pertahanan Tinggi Lebanon yang dipengerusikan Presiden, Michel Aoun mengarahkan Bassil mengemukakan aduan kepada Majlis Keselamatan PBB.

“Laporan yang dibuat oleh pemimpin keselamatan semasa mesyuarat majlis mengesahkan bahawa Israel menggunakan ruang udara Lubnan untuk melancarkan serbuan ke Syria,” kata Menteri Dalam Negeri, Nohad Al-Mashnouq kepada Arab News.

Menteri Anti-Rasuah, Nicolas Tueni dalam satu kenyataan berkata, Israel yang menggunakan ruang udara Lubnan untuk melancarkan serangannya adalah satu pelanggaran yang jelas terhadap kedaulatan Lubnan.

Israel minggu ini mengakui telah melakukan serangan di wilayah Syria melalui ruang udara Lubnan. – Agensi

The post Israel ceroboh ruang udara Lubnan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Israel ceroboh ruang udara Lubnan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Israel ceroboh ruang udara Lubnan"

Back To Top