BANGI, 14 Zulhijjah 1438H, Selasa – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan sebuah pasar raya besar di sekitar Shah Alam menjual daging ayam yang tidak disembelih sebagaimana tular di laman sosial Facebook kebelakangan ini.
Ia susulan video amatur yang dirakam oleh salah seorang pengguna tular di laman sosial, mendakwa bahawa ayam di pasar raya berkenaan tidak disembelih sebaliknya hanya ditarik kepalanya sehingga putus.
Dalam rakaman itu, pengguna berkenaan menunjukkan keadaan ayam yang dibelinya itu, dan turut menasihat orang ramai berhati-hati serta tidak membeli daging ayam di pasar raya berkenaan walaupun jenama tempatan tersebut memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Bagaimanapun, Jakim tampil menjelaskan bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya terkesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller).
Tindakan itu secara tidak langsung menyebabkan kulit leher ayam tertarik panjang dan menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.
“Produk ayam jenama PTS tersebut adalah dari pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.
”Pengguna tidak perlu gusar dengan tular tersebut dan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran dan sentiasa mengutamakan premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban,” kata Jakim.
The post Jakim perjelas dakwaan tular ayam tidak disembelih dijual appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jakim perjelas dakwaan tular ayam tidak disembelih dijual
0 Komentar untuk "Jakim perjelas dakwaan tular ayam tidak disembelih dijual"