Gema Semua Maklumat

Pejuang FC lebih selesa jadi pasukan ‘underdog’

Pejuang FC lebih selesa jadi pasukan ‘underdog’

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 14 Zulhijjah 1438H, Selasa – Penyertaan saat akhir pasukan jemputan, Pejuang FC dalam kejohanan Piala Presiden Isma 2017 tidak membataskan semangat untuk memberikan yang terbaik pada 16 dan 17 September ini.

Pengurus pasukannya, Muhammad Ruziani Abdul Razak berkata, beliau lebih selesa menjadi pasukan ‘underdog’ dalam kalangan skuad lain pada kejohanan kali ini.

Meskipun Pejuang FC merupakan nama baharu dalam kejohanan kali ini, namun jelasnya kebanyakan pemain adalah daripada skuad Al-Faruq FC (AFFC), juga antara pasukan yang menunjukkan potensi terbaik tahun lalu.

“Umumnya, majoriti pemain kita adalah daripada pemain tahun lepas dalam Al-Faruq FC. Bagaimanapun, terdapat beberapa isu berhubung pasukan AFFC sehingga penganjur minta kita tidak menggunakan nama tersebut.

“Pada kita nama tidak penting, yang penting adalah pemain itu sendiri. Kita mahu gunakan AFFC kerana masih mengekalkan pemain sama seperti tahun lepas.

“Nama Pejuang FC digunakan atas sebab malam hari berkenaan adalah Malam Pejuang 2017. Kita gunakan nama itu, namun pemain masih kekal,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Ditanya mengenai persiapan, Muhammad Ruziani berkata, pasukan berkenaan kini lebih menumpukan kepada perlawanan persahabatan selain latihan rutin biasa.

“Perlawanan nanti adalah persembahan untuk pasukan, dan ia memerlukan persiapan rapi. Ramai yang biasa dengan kejohanan tahun lalu, jadi mudah untuk kita kerana agak kesuntukan masa.

“Kita mengekalkan jurulatih AFFC, dan pemain-pemain Pejuang FC bukan semuanya pemain Al-Faruq tahun lepas. Tetapi ia lebih bagus daripada AFFC. Kita mengambil pemain lain yang lebih matang dalam skuad ini supaya ada persaingan,” katanya.

Katanya, beliau lebih selesa mengambil pendekatan diam dan lihat memandangkan pasukan-pasukan lain yang sudah melakukan persediaan lebih awal untuk kejohanan kali ini.

“Seperti pasukan Kelantan dan Melaka. Namun, kita juga tidak terlepas pandang dengan beberapa team yang menjadi duri, seperti Pahang serta Terengganu.

“Contohnya Pahang, mereka disqualified tahun lalu kerana pemilihan pemainnya. Dan pemain mereka itu memang hebat. Saya jangka Pahang akan menonjolkan pemain yang lebih bagi untuk tahun ini,” katanya.

The post Pejuang FC lebih selesa jadi pasukan ‘underdog’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pejuang FC lebih selesa jadi pasukan ‘underdog’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pejuang FC lebih selesa jadi pasukan ‘underdog’"

Back To Top