Gema Semua Maklumat

Jawab soalan UPSR dulu kemudian mandikan jenazah bapa

Jawab soalan UPSR dulu kemudian mandikan jenazah bapa

Gambar dari FB Cikgu Hussayn

BANGI, 23 Zulhijjah 1438H, Khamis – Murid Tahun Enam sudah selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR) hari ini.

Namun, bagi seorang guru Bimbingan & Kaunseling di SK Putrajaya Presint 8(2) yang hanya dikenali sebagai Cikgu Hussayn, hari ini adalah tarikh yang tidak dapat dilupakannya.

Menulis dalam laman Facebooknya, beliau menceritakan bagaimana kuat dan kentalnya semangat seorang murid beliau, Azri Haziq bin Hairul Saleh, yang menduduki UPSR, tatkala jenazah bapanya sedang diurus untuk dikebumikan.

“Allahu.. hati mana yang tidak sayu melihat ketabahan anak ini dari luar kelas menjawab soalan dengan hanya memakai baju yang dipakai ke kubur ayahnya sebentar tadi.

“Lebih sayu anak ini menduduki peperiksaan bukan di sekolah asalnya iaitu SK Putrajaya Presint 8(2) tetapi sebagai calon tumpang di SK Rantau Panjang, Klang kerana ayahnya dikebumikan disana.

“Sebelum itu pada pukul 8.15 pagi dia juga hadir untuk menjawab soalan Sains Kertas 1, kemudian bergegas pulang untuk upacara memandikan, mengkafankan, menatap wajah ayahnya buat kali terakhir dan menunaikan solat jenazah bersama penduduk kampung sebelum jenazah ayahnya dikebumikan,” tulis Cikgu Hussayn.

Beliau mengajak semua pihak mendoakan Allah memberi kekuatan, ketabahan dan kejayaan kepada Azri menghadapi segala ujian ini.

“Buat Azri Haziq yang cikgu sayang.. andai suatu hari nanti Azri baca catatan ini.. cikgu nak Azri tahu yang cikgu bangga dengan keputusan yang Azri buat untuk terus duduki UPSR kerana tak ramai di luar sana mampu hadapi dan lakukan apa yg Azri lakukan hari ini.

“Cikgu syukur dapat bersama Azri hari ini di rumah dan sekolah serta semalam di bilik mayat Hospital Putrajaya. Satu kenangan yang takkan cikgu lupakan sampai akhir hayat.

“Moga kisah Azri menjadi pendorong dan pembakar semangat buat kawan-kawan di luar sana. Teruskan perjuangan menuntut ilmu. Solat selalu dan banyakkan berdoa. Jadi anak soleh yang mendoakan ayah ye sayang. Andai ada apa-apa masalah boleh datang jumpa jumpa cikgu pada bila-bila masa. Respect! Salute! UiLove!,” tulisnya.

The post Jawab soalan UPSR dulu kemudian mandikan jenazah bapa appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jawab soalan UPSR dulu kemudian mandikan jenazah bapa
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jawab soalan UPSR dulu kemudian mandikan jenazah bapa"

Back To Top