Gema Semua Maklumat

Jeff Oii DAP buat hal lagi, pertikai cuti umum

Jeff Oii DAP buat hal lagi, pertikai cuti umum

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 12 Zulhijjah 1438H, Ahad – Pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, Jeff Oii dilihat enggan mengambil pengajaran terhadap tindakannya sebelum ini apabila sekali lagi mengeluarkan status di akaun Facebooknya yang mempertikaikan cuti umum pada bulan September.

Baru sahaja penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kononnya dia tidak anti-Islam atau anti-Melayu, Ahli Parlimen Jelutong itu – menerusi status yang dikongsikan dalam Facebooknya yang kini sudah dipadamkan – Jeff Oii mempertikaikan jumlah cuti umum yang antara lain turut membabitkan sambutan Aidiladha dan Awal Muharram.

8 Ogos lalu, Kit Siang dalam dialog di Derga, Alor Setar mendakwa dia bukan anti-Melayu dan anti-Islam seperti dituduh pemimpin UMNO selama ini.

“Saya tidak pernah anti-Melayu atau anti-Islam kerana ia tidak masuk akal untuk menjadi anti-Melayu atau anti-Islam jika seseorang mahu menjadi rakyat Malaysia.

“Kami mahu semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama, untuk menganggap diri mereka yang pertama sebagai rakyat Malaysia dan kedudukan agama atau sosio-ekonomi di tempat kedua,” kata Kit Siang.

Namun, berbeza dengan anak didiknya, Jeff Oii terus mengeluarkan kenyataan yang anti-Islam dan anti-Melayu.

“Hello September! Salam Bulan ‘Hampir Gaji Buta’… Terdapat tiga hari pada September selepas dikurangkan semua hujung minggu dan cuti umum, terdapat 14 hari cuti hanya 16 hari bekerja,” kata Jeff Oii menerusi entri itu dengan menyenaraikan semua cuti berkenaan.

Ismaweb mendapati, status berkenaan bagaimanapun telah dipadamkan oleh Jeff Oii tidak lama kemudian. Status beliau itu bagaimanapun, sempat dikongsi oleh pengguna laman sosial lain, termasuk yang dikenali sebagai Maniam Manikam.

Jeff Oii sebelum ini pernah mengundang kemarahan netizan kerana berkongsi status yang menghina tokoh ulama PAS, PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Menerusi akaun twitternya Jeff Oii menulis: “Adios Harun Din, let there be peace” (Selamat jalan Harun Din, semoga wujud perdamaian).

September tahun ini antara bulan yang dipenuhi dengan cuti umum apabila Hari Raya Aidiladha disambut pada 1 September lalu, termasuklah sambutan Awal Muharram dan beberapa cuti lain seperti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong serta Hari Malaysia.

Bagaimanapun, kebanyakan cuti berkenaan jatuh pada hari minggu, yang memerlukan kepada cuti ganti pada hari bekerja.

BERITA BERKAITAN: 

Kit Siang cakap tak anti-Islam, anti-Melayu sebab nak undi

The post Jeff Oii DAP buat hal lagi, pertikai cuti umum appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jeff Oii DAP buat hal lagi, pertikai cuti umum
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jeff Oii DAP buat hal lagi, pertikai cuti umum"

Back To Top