PYONGYANG, 12 Zulhijjah 1438H, Ahad – Korea Utara mendakwa berjaya membangunkan senjata nuklear pemusnah baharu yang lebih hebat, dan kini di peringkat pemeriksaan.
Menurut laporan agensi berita tempatan, KCNA berkata, pemimpin negara itu, Kim Jong-Un kini memeriksa bom hidrogen yang akan dimuatkan bersama peluru berpandu balistik rentas benua (ICBM).
KCNA melaporkan, naik taraf senjata nuklear itu berlaku di tengah ketegangan serantau yang semakin meningkat berikutan pelancaran dua peluru berpandu ICBM dari Pyongyang pada Julai lalu yang berpotensi melanda banyak bahagian di Amerika Syarikat (AS).
Difahamkan, Kim Jong Un telah mengusahakan kerja-kerja penambahbaikan senjata nuklear pemusnah dan peluru berpandu balistik jarak jauh sebagai menentang sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan tekanan antarabangsa.
Bom hidrogen berkenaan dikatakan boleh dilaraskan kepada beberapa ratus kilo tan dan berupaya diletupkan pada ketinggian maksimum.
Kebanyakan komponen yang dicipta sendiri membolehkan negara itu membangunkan seberapa banyak senjata nuklear dimahukan. – Agensi
The post Korea Utara dakwa bangunkan bom hidrogen lebih hebat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Korea Utara dakwa bangunkan bom hidrogen lebih hebat
0 Komentar untuk "Korea Utara dakwa bangunkan bom hidrogen lebih hebat"