Gema Semua Maklumat

Jemaah haji Malaysia meningkat melebihi kuota

Jemaah haji Malaysia meningkat melebihi kuota

BANGI, 10 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Lebih 30,200 jemaah haji negara melaksanakan rukun Islam kelima itu tahun ini, melebihi kuota ditetapkan dan diumumkan sebelum ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, jumlah jemaah haji Malaysia meningkat kepada 42,200 orang.

Beliau berkata, seramai 20 jemaah dilaporkan meninggal dunia di Makkah, termasuk tiga daripadanya pada hari wukuf di Arafah.

“Kita akan melaksanakan badal haji untuk 12 jemaah terbabit. Lima telah menunaikan haji sebelum ini, dan tiga yang meninggal dunia hari ini akan dilaksanakan badal haji pada tahun depan,” katanya seperti dilapor New Straits Times, hari ini.

12 jemaah haji dimasukkan ke hospital termasuk empat daripadanya koma sewaktu wukuf di Arafah. Manakala lapan lagi jemaah masih dipantau sama ada mampu meneruskan ibadah haji mereka.

“Mereka yang tidak dapat melakukan wukuf akan mendapat bayaran balik RM9,980 dan kami berdoa mereka dapat datang lagi tahun depan apabila keadaan kesihatan membenarkan,” katanya.

The post Jemaah haji Malaysia meningkat melebihi kuota appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jemaah haji Malaysia meningkat melebihi kuota
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jemaah haji Malaysia meningkat melebihi kuota"

Back To Top