KUALA LUMPUR, 10 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Cuaca tidak menentu diramal di kebanyakan negeri sepanjang sambutan Aidiladha hari ini dengan hujan serta ribut petir pada sebelah petang dan malam.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, keadaan itu berlaku berikutan monsun barat yang biasanya dikaitkan dengan perubahan corak tiupan angin yang tidak menentu.
Pada sebelah petang pula dijangka hujan beserta ribut petir di kawasan pedalaman Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Selain itu, hujan dijangka turut melanda bahagian barat dan pedalaman Sarawak serta bahagian pantai barat dan pedalaman Sabah pada sebelah petang.
Manakala beberapa tempat di Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah dijangka dilanda hujan pada sebelah malam, katanya.- Bernama
The post Cuaca dijangka tidak menentu sepanjang Aidiladha appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Cuaca dijangka tidak menentu sepanjang Aidiladha
0 Komentar untuk "Cuaca dijangka tidak menentu sepanjang Aidiladha"