Gema Semua Maklumat

JPN dibenar rayu keputusan Mahkamah Rayuan isu ‘bin’ anak luar nikah

JPN dibenar rayu keputusan Mahkamah Rayuan isu ‘bin’ anak luar nikah

Gambar google

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 17 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Mahkamah Persekutuan sebentar tadi membenarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dua lagi pihak merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membolehkan anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan kepada bapanya.

Keputusan itu diputuskan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Aziah Ali.

Mahkamah membenarkan pemohon mengemukakan tiga daripada empat persoalan undang-undang yang dikemukakan dalam rayuan penuh yang akan ditetapkan pada satu tarikh lain kelak.


Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar berkata, tiga persoalan yang akan dikemukakan ialah yang pertama mengenai  sama ada dalam membuat pendaftaran kelahiran kanak-kanak beragama Islam, Pendaftar Kelahiran dan Kematian boleh merujuk dan bergantung kepada sumber perundangan Islam mengenai kesahtarafan.

“Yang kedua, sama ada Mahkamah Sivil boleg memutuskan persoalan/ hal perkara kesahtarahan kanak-kanak beragama Islam berhubung penamaan dan penasaban.

“Yang ketiga sama ada peruntukan 13A Akta 299 terpakai kepada pendaftaran kelahiran kanak-kanak beragama Idlan bagi membolehkan kanak-kanak tersebut dibinkan kepada nama peribadi orang yang mengaku sebagai bapa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 25 Mei lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan mengumumkan bahawa anak luar nikah pasangan beragama Islam tidak perlu lagi mengunakan bin atau binti ‘Abdullah’. 


Keputusan sebulat suara itu dicapai  panel tiga hakim diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu dan kedua ibu bapanya (identiti mereka dirahsiakan oleh mahkamah).


Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Ogos tahun lalu yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.


Hakim Abdul Rahman Sebli dalam penghakiman bertulisnya berpendapat, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertindak tidak wajar dan di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan `Abdullah’ sebagai nama keluarga dalam sijil kelahiran seorang kanak-kanak luar nikah.


The post JPN dibenar rayu keputusan Mahkamah Rayuan isu ‘bin’ anak luar nikah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di JPN dibenar rayu keputusan Mahkamah Rayuan isu ‘bin’ anak luar nikah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "JPN dibenar rayu keputusan Mahkamah Rayuan isu ‘bin’ anak luar nikah"

Back To Top