Gema Semua Maklumat

Perlu kerjasama semua pihak tangani LGBT, kata Jamil Khir

Perlu kerjasama semua pihak tangani LGBT, kata Jamil Khir

BANGI, 17 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Masyarakat di negara ini diminta untuk bekerjasama dengan pihak penguatkuasaan dalam usaha membanteras gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang semakin berleluasa.

Jun lalu, pendukung LGBT mendapat kecaman pelbagai pihak selepas mengadakan majlis berbuka puasa yang dihadiri mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempe, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.

Program itu  menyajikan tayangan filem berlatar belakangkan perjuangan gay, bertajuk Pride dan bacaan puisi yang bertajuk “Halal/Haram” oleh Catherine Brogan yang berasal dari Ireland.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerjasama dari semua pihak sangat dialukan supaya majlis LGBT seperti itu tidak berulang.

“Berkenaan isu program ‘big gay iftar’ tersebut, Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan (Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri) menegaskan bahawa tidak boleh dicampur-adukkan perkara yang baik seperti berbuka puasa dengan perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam seperti amalan gay.

“Kerajaan memandang serius fenomena amalam LGBT daripada menular dalam kalangan masyarakat, terutama masyarakat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut), berhubung pendirian kerajaan terhadap penganjuran program majlis berbuka ouasa LGBT dan tindakan yang akan diambil terhadap NGO-NGO yang terlibat dalam program tersebut.

The post Perlu kerjasama semua pihak tangani LGBT, kata Jamil Khir appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Perlu kerjasama semua pihak tangani LGBT, kata Jamil Khir
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Perlu kerjasama semua pihak tangani LGBT, kata Jamil Khir"

Back To Top