Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, 25 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Presiden Isma FC, Haji Mohd Tahir Hamdan yakin pemain yang lahir dari Kejohanan Piala Presiden Isma 2017 akan mewakili Malaysia di kejohanan dunia.
Beliau berkata, kejohanan ini menjadi medan buat pemuda-pemuda menonjolkan aksi dalam sukan nombor satu dunia dan paling diminati ramai.
Beliau juga akan memastikan mutu pertandingan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
“Kita pastikan jurulatih mestilah mempunyai lesen C. Tahun depan mungkin kita akan naikkan kepada lesen B dan tetapkan syarat dua pemain negeri untuk turut serta dalam pasukan Isma negeri supaya standard dinaikkan,” katanya dalam ucapan di Kejohanan Piala Presiden Isma 2017 yang diadakan di Padang Bola Sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.
Sebanyak 16 pasukan yang terdiri daripada 14 buah negeri serta dua pasukan tambahan daripada Az-Zahrah FC dan satu lagi penyertaan baharu dari pasukan selebriti nasyid tempatan akan berentap hari ini.
Perlawanan pada pagi ini dimulakan dengan pasukan Isma Selangor dan Isma Pahang.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi Yayasan Ikhlas, Datuk Rosli Mohd Ramli, Naib Presiden Isma, Abdul Rahman Mt Dali, Timbalan Presiden Isma, Aminuddin Yahya,
Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) Zon 23, Husni Abdul Manan, serta beberapa Yang DiPertua Cawangan.
The post Kejohanan Piala Presiden Isma bakal lahirkan pemain Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kejohanan Piala Presiden Isma bakal lahirkan pemain Malaysia
0 Komentar untuk "Kejohanan Piala Presiden Isma bakal lahirkan pemain Malaysia"