Gema Semua Maklumat

Keputusan DNA 23 mangsa kebakaran tahfiz dalam masa terdekat

Keputusan DNA 23 mangsa kebakaran tahfiz dalam masa terdekat

Sumber foto: Bernama

KUALA LUMPUR, 23 Zulhijjah 1438H, Khamis – 23 mangsa termasuk dua guru tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat, di sini akan dapat dikenalpasti selepas sampel Asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh daripada anggota keluarga.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, keputusan DNA kesemua mangsa akan diketahui beberapa hari lagi kerana proses berkenaan mengambil masa berikutan membabitkan ramai jumlah korban.

“Bagi mengenal pasti identiti mangsa, DNA ibu bapa diperlukan dan pihak hospital baru menerimanya pagi tadi.

“Pihak hospital akan menggunakan sepenuh masa dan melakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mayat membabitkan kerjasama daripada Jabatan Kimia dan Jabatan Bencana,” katanya kepada pemberita di lobi Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Beliau berkata, setakat ini identiti mangsa terlibat dalam kebakaran itu masih belum dikenal pasti.

Mengulas keadaan mangsa yang terselamat, beliau memberitahu enam pelajar dan seorang orang awam masih dirawat di HKL.

“Empat mangsa mengalami kecederaan serius, manakala tiga lagi hanya cedera ringan dan dirawat di Wad Pemerhati,” katanya.

Berikut adalah mangsa yang dirawat:

1. Indra Kurniawan, 18, (warga Indonesia),

2. Muhd Shahir Sharifuddin, 13,

3. Zunnun Misri, 12,

4. Adib Baqir, 15,

5. Muhammad Syahmin Che Azmi, 18,

6. Wan Muhammad Danish Hisham Wan Nor Hisham, 14

Orang awam dirawat – Sufian Emmad, 20.

The post Keputusan DNA 23 mangsa kebakaran tahfiz dalam masa terdekat appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Keputusan DNA 23 mangsa kebakaran tahfiz dalam masa terdekat
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Keputusan DNA 23 mangsa kebakaran tahfiz dalam masa terdekat"

Back To Top