Gema Semua Maklumat

Kerajaan lebih suka penetapan harga minyak mingguan

Kerajaan lebih suka penetapan harga minyak mingguan

BANGI, 18 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Kerajaan tidak berhasrat untuk menukar mekanisme sedia ada dalam menetapkan harga minyak secara mingguan.

Perkara itu dinyatakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin sambil menyifatkan penetapan harga minyak mingguan adalah kaedah terbaik dalam mengawal harga minyak untuk rakyat.

Katanya, mekanisme penetapan harga petrol dan diesel itu terbaik pada situasi masa kini apabila dapat mengawal harga kedua-dua jenis minyak itu dibawah RM2.40 seliter sejak Mac lepas.

“Sejak mekanisme baharu penetapan harga petrol dan diesel mula diperkenalkan pada Mac 2017 harga minyak pada masa itu adalah RM2.40 seliter dan harga purata adalah masih di bawah RM2.40 seliter.

“Ini membuktikan bahawa mekanisme yang diguna pakai itu sudah baik dan kita patut terimanya untuk masa depan negara yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga bahan api itu sejak kebelakangan ini.

Harga runcit mingguan minyak naik berturut-turut, bagi petrol RON95 dan RON97 naik 4 sen masing-masing kepada RM2.20 dan RM2.48 seliter bermula 7 Septemper hingga 13 September, manakala harga runcit bagi diesel pula naik 1 sen kepada RM2.05 seliter.

The post Kerajaan lebih suka penetapan harga minyak mingguan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kerajaan lebih suka penetapan harga minyak mingguan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kerajaan lebih suka penetapan harga minyak mingguan"

Back To Top