Gema Semua Maklumat

Laporan polis dibuat terhadap lelaki hina kemangkatan Sultan Kedah

Laporan polis dibuat terhadap lelaki hina kemangkatan Sultan Kedah

KUALA LUMPUR, 21 Zulhijjah 1438H, Selasa – Satu laporan polis dibuat terhadap seorang lelaki yang didakwa menghina Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di laman sosial, Facebook.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datin Asmawati Ahmad berkata, laporan terhadap individu berkenaan dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak pagi ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menyebarkan berita palsu.

Jika sabit kesalahan individu terbabit boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Individu yang menggunakan akaun Hershel Tan itu menyiarkan komen biadap dengan menghina kemangkatan Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam.

Bagaimanapun, individu terbabit tidak mengaktifkan dan memadam akaun Facebooknya itu.

Tuanku Abdul Halim, 89, mangkat di Istana Anak Bukit jam 2.30 petang semalam. Jenazah Almarhum baginda selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar jam 4.45 petang tadi.

The post Laporan polis dibuat terhadap lelaki hina kemangkatan Sultan Kedah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Laporan polis dibuat terhadap lelaki hina kemangkatan Sultan Kedah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Laporan polis dibuat terhadap lelaki hina kemangkatan Sultan Kedah"

Back To Top