Gema Semua Maklumat

Lebih 100 terkorban gempa bumi di Mexico City

Lebih 100 terkorban gempa bumi di Mexico City

MEXICO CITY, 29 Zulhijjah 1439H, Rabu – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.1 melanda bahagian Mexico City semalam, mengorbankan lebih 100 orang setakat ini.

Ia merupakan gempa bumi kuat kedua melanda Mexico bulan ini, selepas 98 orang terbunuh dalam bencana sama di selatan Mexico, 7 September lalu.

Presiden Enrique, Pena Nieto berkata, 27 bangunan runtuh akibat gegaran itu.

Gegaran kuat menyebabkan bangunan turut runtuh dan ramai mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Runtuhan bangunan itu menyebabkan ribuan penduduk lari bertempiaran dalam keadaan panik manakala bekalan elektrik turut dilaporkan terputus, sekaligus memberi kesan kepada jutaan penduduk yang ketika itu menikmati makan tengah hari.

Bagaimanapun, pasukan mencari dan menyelamat Mexico kini masih meneruskan operasi mengesan mangsa gempa bumi di negara itu. -Agensi

The post Lebih 100 terkorban gempa bumi di Mexico City appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lebih 100 terkorban gempa bumi di Mexico City
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lebih 100 terkorban gempa bumi di Mexico City"

Back To Top