Gema Semua Maklumat

Myanmar lakukan jenayah kemanusiaan terhadap Rohingya: HRW

Myanmar lakukan jenayah kemanusiaan terhadap Rohingya: HRW

NEW YORK, 5 Muharram 1439H, Selasa – Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) mengecam keras tindakan brutal rejim Myanmar terhadap etnik Rohingya di negeri Rakhine, sekali gus menyifatkan pasukan keselamatan berkenaan melakukan jenayah kemanusiaan.

Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa itu berkata, rejim Myanmar telah melakukan pelanggaran serius dengan tindakan merogol, keganasan seksual lain, bunuh, pengusiran secara paksa dan penganiayaan terhadap Rohingya.

Pengarah undang-undang dan dasar HRW, James Ross berkata, rejim berkenaan secara jelas bertindak mengusir Rohingya dari utara Rakhine.

“Pembunuhan besar-besaran penduduk kampung, selain dibakar sehingga menyebabkan etnik terbabit kehilangan tempat tinggal. Dan itu semuanya jenayah kemanusiaan,” katanya.

Justeru katanya, keadaan serius yang berlaku ke atas Rohingya perlu diberi perhatian dan menggalakkan lagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak berkaitan bertindak.

Lebih 400,000 pelarian dari Rakhine kebanyakannya wanita dan kanak-kanak tiba di Bangladesh sebagai berlindung daripada keganasan di utara negeri itu.

Malah, puluhan ribu etnik minoriti berkenaan dibunuh dengan kejam selain perkampungan mereka dibakar oleh rejim Myanmar.

Sejak beberapa minggu lepas, laporan mengatakan etnik minoriti Islam Rohingya dihalau keluar dari Myanmar yang majoriti penduduknya beragama Budha.- Agensi

The post Myanmar lakukan jenayah kemanusiaan terhadap Rohingya: HRW appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Myanmar lakukan jenayah kemanusiaan terhadap Rohingya: HRW
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Myanmar lakukan jenayah kemanusiaan terhadap Rohingya: HRW"

Back To Top