Gema Semua Maklumat

Sokong pelawaan SPRM saring bakal calon PRU14

Sokong pelawaan SPRM saring bakal calon PRU14

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 5 Muharram 1439H, Selasa – Langkah menyaring bakal calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) disifatkan sebagai usaha yang wajar disokong dalam membentuk nilai integriti wakil rakyat.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan berkata, beliau menyambut baik saranan dan usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, yang terbuka menerima mana-mana calon daripada parti politik untuk menyaring bakal calon mereka bagi PRU14.

“Pada saya, ianya adalah langkah yang baik kerana ia secara tidak langsung menjamin integriti bakal-bakal calon yang akan bertanding nanti,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mewakili partinya berhubung pelawaan itu memandangkan ia perlu mengadakan perbincangan bersama pimpinan tertinggi lain.

“Setakat ini, saya tidak akan bercakap mengenai perkara ini mewakili parti memandangkan kita perlu berbincang terlebih dahulu,” katanya.

Bernama hari ini melaporkan, SPRM mempelawa parti-parti politik yang bercadang untuk bertanding pada PRU14 supaya menyerahkan senarai nama bakal calon kepada suruhanjaya itu untuk disaring.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, walaupun tiada undang-undang atau paksaan untuk parti-parti politik berbuat demikian tetapi saringan dibuat bagi memastikan bakal-bakal calon bersih khususnya dari aspek rasuah dan salahguna kuasa.

The post Sokong pelawaan SPRM saring bakal calon PRU14 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sokong pelawaan SPRM saring bakal calon PRU14
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Sokong pelawaan SPRM saring bakal calon PRU14"

Back To Top