DHAKA, 16 Zulhijjah 1438H, Khamis – Ada sahaja tindakan Myanmar terhadap Rohingya, terkini regim itu menanam periuk api di kawasan sempadan Bangladesh bertujuan menghalang etnik Islam itu melarikan diri kembali ke negara tersebut.
Sumber kerajaan Banglasdesh memberitahu, pemasangan periuk api itu berdasarkan bukti bergambar dan pemberi maklumat.
“Tentera kami (Bangladesh) juga nampak tiga, empat kumpulan memasang sesuatu dalam tanah.
“Kami kemudian mengesahkannya dengan pemberi maklumat bahawa mereka memasang periuk api bersama pagar kawat duri,” kata sumber itu.
Susulan itu, Bangladesh akan memfailkan bantahan rasmi terhadap tindakan Myanmar memasang periuk api terlalu hampir dengan sempadannya.
Pegawai kawalan sempadan Bangladesh, Manzurul Hassan Khan memberitahu Reuters, dua letupan kedengaran di kawasan Myanmar selepas timbul spekulasi anggota tentera Myanmar menanam periuk api.
Katanya, seorang kanak-kanak lelaki putus kaki kirinya ketika menyeberang sempadan dan kemudian dibawa ke Bangladesh untuk mendapat rawatan.
“Manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki cedera ringan dipercayai akibat letupan periuk api,” katanya.
Sementara itu, seorang pelarian Rohingya yang pergi ke kawasan letupan itu berjaya merakamkan gambar periuk api terbabit yang berbentuk cakera logam berukuran 10 sentimeter yang ditanam dalam lumpur.
Katanya, terdapat lebih dua bahan letupan itu tertanam di kawasan berkenaan. – Agensi
The post Myanmar tanam periuk api halang Rohingya pulang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Myanmar tanam periuk api halang Rohingya pulang
0 Komentar untuk "Myanmar tanam periuk api halang Rohingya pulang"