Gema Semua Maklumat

Negara dunia digesa kenakan sekatan ke atas rejim Myanmar

Negara dunia digesa kenakan sekatan ke atas rejim Myanmar

YANGON, 28 Zulhijjah 1438H, Selasa – Tekanan terus memuncak terhadap rejim Myanmar, tatkala kumpulan hak asasi manusia menggesa pemimpin dunia mengenakan sekatan terhadap negara itu, yang dituduh menyebabkan lebih 410,000 etnik muslim Rohingya terpaksa melarikan diri.

Gesaan oleh pemantau hak asasi manusia dibuat ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat persiapan bagi mengadakan perhimpunan agung (UNGA) di New York, di mana krisis di Myanmar bakal menjadi tajuk utama perbincangan.
Tidak terkecuali juga berkaitan ucapan pertama pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, berkaitan krisis yang berpanjangan itu.

Sikap tidak peduli pemimpin Myanmar, Suu Kyi terhadap etnik Rohingya dan kegagalannya untuk menghentikan keganasan yang dilakukan tenteranya telah menimbulkan pelbagai persepsi banyak pihak.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menganggap Sun Kyi sebagai talian hayat terakhir kepada etnik muslim Rohingya untuk menghentikan krisis ini.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pemantau hak asasi manusia menggesa, Majlis Keselamatan PBB dan negara dunia mengenakan sekatan terhadap tentera dan ekonomi Myanmar, supaya pembersihan etnik itu dihentikan segera.

Pengusiran etnik muslim Rohingya yang dilakukan oleh militan Buddha Myanmar, membimbangkan anggota bantuan kemanusiaan, apabila separuh daripada perlarian di sempadan Bangladesh adalah kanak-kanak.

Human Right Watch menggesa tentera rejim Myanmar dikenakan hukuman setimpal dengan kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya, sekali gus membolehkan pelarian dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Rejim Myanmar mendakwa etnik Rohingya adalah pendatang tanpa izin dari Bangladesh serta menafikan kewarganegaraan mereka. – Agensi

The post Negara dunia digesa kenakan sekatan ke atas rejim Myanmar appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Negara dunia digesa kenakan sekatan ke atas rejim Myanmar
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Negara dunia digesa kenakan sekatan ke atas rejim Myanmar"

Back To Top