Gema Semua Maklumat

OIC kutuk pelanggaran hak asasi terhadap muslim Rohinya

OIC kutuk pelanggaran hak asasi terhadap muslim Rohinya

JEDDAH, 15 Zulhijjah 1438H, Rabu – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk pelanggaran hak asasi manusia terhadap umat muslim Rohingya di negeri Rakhine, Myanmar.

Suruhanjaya Hak Asasi Bebas Manusia (IPHRC) pertubuhan itu menyeru semua negara anggota OIC, terutamanya negara-negara jiran, supaya menggesa Myanmar untuk menegakkan kewajipannya dan melindungi hak asasi minoriti Rohingya serta menyuarakan kebimbangan mereka di semua forum antarabangsa yang sesuai, termasuk Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan Majlis Keselamatan.

IPHRC berkata, pihaknya akan memantau secara berterusan situasi ini, dan akan meneroka peluang dengan pihak yang berkepentingan untuk mengurangkan nasib malang Rohingya.

Suruhanjaya itu juga menggesa Myanmar membenarkan lawatan dan penubuhan pejabat OIC untuk mengagihkan bantuan kemanusiaan di Rakhine.

PBB menganggarkan bahawa 60,000 Rohingya telah melarikan diri keganasan dan pembunuhan beramai-ramai di Myanmar.

Sekitar 27,000 telah menyeberang ke Bangladesh sejak Jumaat, dan 20,000 masih lagi tersekat di antara kedua-dua negara. – Agensi

The post OIC kutuk pelanggaran hak asasi terhadap muslim Rohinya appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di OIC kutuk pelanggaran hak asasi terhadap muslim Rohinya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "OIC kutuk pelanggaran hak asasi terhadap muslim Rohinya"

Back To Top