Gema Semua Maklumat

Pamer gambar orang buang sampah di kain rentang, arah Gabenor Jakarta

Pamer gambar orang buang sampah di kain rentang, arah Gabenor Jakarta

Gambar hiasan

JAKARTA, 23 Zulhijjah 1438H, Khamis – Mempamerkan gambar individu di kain rentang atau poster, sekiranya ditangkap membuang sampah di sungai.

Itu antara hukuman terhadap individu yang tidak bertanggungjawab menjaga alam sekitar, kini dilaksanakan di Jakarta, Indonesia.

Gabenor Jakarta, Djarot Saiful Hidayat mengarahkan pihak berkuasa mempamerkan gambar individu yang ditangkap membuang sampah ke dalam sungai.

Katanya, langkah itu diambil bagi menangani sikap buruk orang ramai yang suka membuang sampah hingga menjadikan sungai di bandar itu sangat kotor.

“Saya mengarahkan agensi alam sekitar meningkatkan operasi bagi mencegah pembuangan sampah ke dalam sungai. Sekiranya seseorang itu ditangkap membuang sampah ke dalam sungai, tangkap gambarnya dan pamer di kain rentang,” katanya.

Jelas beliau, kain rentang atau poster itu akan diletakkan di kawasan penduduk, sebagai hukuman sosial yang diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada orang lain.

Sungai di Jakarta antara paling tercemar di negara itu. – Agensi

The post Pamer gambar orang buang sampah di kain rentang, arah Gabenor Jakarta appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pamer gambar orang buang sampah di kain rentang, arah Gabenor Jakarta
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pamer gambar orang buang sampah di kain rentang, arah Gabenor Jakarta"

Back To Top