Gema Semua Maklumat

Ekonomi Malaysia perlu dibantu bukan Amerika Syarikat, bidas Azmin

Ekonomi Malaysia perlu dibantu bukan Amerika Syarikat, bidas Azmin

SHAH ALAM, 22 Zulhijjah 1438H, Rabu – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Malaysia akan membuat pelaburan besar bagi membantu ekonomi Amerika Syarikat (AS), sukar dipercayai dan dianggap tindakan mengejutkan.

Malah, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan sesuatu yang sukar dipercayai apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membelanjakan antara AS$3 bilion hingga AS$4 bilion untuk membantu ekonomi AS.

“Adakah Perdana Menteri cuba memberitahu kita bahawa membantu AS membina infrastruktur adalah lebih penting daripada membantu Sabah dan Sarawak membina jalan raya dan paip air?

“Wang dalam KWSP adalah wang amanah untuk rakyat dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, sebagai mengulas pengumuman Najib ketika bertemu Presiden AS, Donald Trump.

Beliau berkata, ekonomi Malaysia yang memerlukan pelaburan besar, bukannya langkah yang kononnya untuk membantu ekonomi AS.

“Malaysia adalah negara yang ekonominya sedang berkembang dan kita sedang melakukan yang terbaik untuk menarik pelaburan dari negara-negara maju, bukannya menghantar wang kita keluar dari negara ini.

“Baru-baru ini, kita memperoleh pelaburan RM1 bilion daripada Ikea untuk membina pusat pembekalan dan pengedaran serantau untuk Asia Pasifik di Pulau Indah. Ia mewujudkan nilai tambah, menjana pekerjaan dan menggandakan kesan ekonomi negara ini,” katanya.

Dalam pertemuan dengan Trump di Washington DC, Najib berkata, Malaysia menerusi KWSP dan Khazanah Nasional Bhd merancang meningkatkan pelaburan mereka di AS dan membeli lebih banyak pesawat Boeing bagi membantu mengukuhkan ekonomi negara itu.

Rakyat tertekan kos sara hidup, KWSP dan Khazanah pula rancang labur RM29.4b di Amerika

The post Ekonomi Malaysia perlu dibantu bukan Amerika Syarikat, bidas Azmin appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ekonomi Malaysia perlu dibantu bukan Amerika Syarikat, bidas Azmin
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ekonomi Malaysia perlu dibantu bukan Amerika Syarikat, bidas Azmin"

Back To Top