Gema Semua Maklumat

PAS bantah cadangan Azmin benarkan pesta arak di Selangor

PAS bantah cadangan Azmin benarkan pesta arak di Selangor

Sumber foto: STR/FAIZ ANUAR

SHAH ALAM, 4 Muharram 1439H, Isnin – PAS Selangor menyelar kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu membenarkan pesta arak Better Beer Festival 2017 diadakan di negeri ini dengan alasan menghormati hak kaum dan agama lain.

Pesuruhjaya Pas negeri, Sallehen Mukhyi berkata, pihaknya akan cuba sedaya upaya menghalang pesta arak diadakan di Selangor kerana acara itu jelas tidak menghormati sensitiviti agama lain selain mencabar keharmonian hidup beragama.

Malah, beliau menegaskan, arak bukanlah milik mana-mana agama atau kaum dan arak jelas ditentang oleh semua agama.

“Satu persoalan yang saya nak bangkitkan, arak ini agama siapa atau milik kaum mana? Kalau nak kata hormati agama dan kaum lain, buktikan arak ini milik siapa.

“Kristian, Buddha dan apatah lagi Islam semuanya menolak arak. Kita tidak halang kaum lain untuk minum arak tetapi jangan buat pesta kerana ia mencabar dan tidak menghormati agama lain,” katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Semalam, Azmin memaklumkan, Kerajaan PKR Selangor tidak akan menghalang jika pesta arak Better Beer Festival 2017 mahu diadakan di negeri ini di kala ramai yang mengecam penganjurannya.

Azmin bahkan berkata, ia sejajar dengan prinsip yang dipegang oleh kerajaan negeri iaitu menghormati hak kaum dan agama lain.

The post PAS bantah cadangan Azmin benarkan pesta arak di Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS bantah cadangan Azmin benarkan pesta arak di Selangor
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS bantah cadangan Azmin benarkan pesta arak di Selangor"

Back To Top