Gema Semua Maklumat

Pegawai RTM digantung tugas salah siar bendera Sukan SEA

Pegawai RTM digantung tugas salah siar bendera Sukan SEA

BANGI, 16 Zulhijjah 1438H, Khamis – Pegawai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) digantung tugas dua minggu selepas stesen televisyen itu tersilap menyiarkan bendera negara yang bertanding di Sukan SEA KL2017.

Bendera beberapa negara yang menyertai KL2017 bertukar antara satu sama lain dalam paparan pungutan pingat yang dimenangi atlet, ketika siaran langsung berita Tamil di saluran TV2 pada pukul 7.30 malam, sehingga ia tular di media sosial.

Lapan bendera daripada 11 negara yang bertukar itu membabitkan Vietnam, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Memetik laporan MStar, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Abu Bakar Ab Rahim berkata, tindakan tatatertib menggantung tugas pegawai terbabit diputuskan jawatankuasa selepas berakhirnya temasya sukan dwi-tahunan itu baru-baru ini.

Mengakui kesilapan yang berlaku katanya, pegawai lain juga diberi amaran namun identiti mereka tidak didedahkan.

“Perkara ini kena ikut prosedur operasi standard (SOP). Kalau ikut insya Allah tidak ada masalah. Apa-apa maklumat yang kita siarkan kena melalui saringan dahulu, tidak boleh dibiarkan lepas begitu saja,” katanya.

Bagaimanapun jelas Abu Bakar, kesilapan berlaku berpunca diperingkat produksi iaitu semasa memberikan maklumat terkini dengan keputusan pungutan pingat yang sentiasa berubah-ubah.

The post Pegawai RTM digantung tugas salah siar bendera Sukan SEA appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pegawai RTM digantung tugas salah siar bendera Sukan SEA
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pegawai RTM digantung tugas salah siar bendera Sukan SEA"

Back To Top