Gambar fail
COX’S BAZAR (Bangladesh), 17 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Lima pelarian Rohingya yang mati ditembak di Myanmar, dikebumikan dalam satu liang lahad di perkuburan Islam di Bangladesh.
Pemerintah pengawal sempadan Bangladesh, Manzurul Hasan Khan berkata, mayat mereka dibawa saudara-mara dan penduduk kampung menyeberang sempadan selepas dibunuh tentera Myanmar.
Katanya, lima mayat itu dikebumikan di satu perkuburan Islam bersama enam lagi yang meninggal dunia kerana sebab lain.
“Lima mayat itu mempunyai kesan tembakan. Semua mereka mati kelamrin, dan mayat itu dibawa ke Bangladesh selepas gagal dikebumikan di Myanmar,” katanya.
Pemimpin tempatan dari parti Liga Awami yang memerintah Bangladesh, Anwar Kamal memberitahu akhbar Daily Star, lima mangsa itu ditembak mati dalam kejadian serangan besar oleh tentera Myanmar di perkampungan Rohingya dekat sempadan Bangladesh.
Ratusan ribu etnik Rohingya kini membanjiri Bangladesh sejak hujung bulan lalu, dan sebahagian mereka cedera ditembak regim Myanmar.
Gelombang kekerasan itu bermula pada Oktober lalu apabila kumpulan pejuang Rohingya menyerang pos keselamatan rejim Myanmar di sempadan.
Kejadian itu menjadikan Rakhine sebagai yang terburuk dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan rejim Myanmar mungkin cuba melakukan pembersihan etnik (jenayah genosid).- Agensi
The post Pelarian Rohinga mati ditembak dikebumi satu liang lahad di Bangladesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pelarian Rohinga mati ditembak dikebumi satu liang lahad di Bangladesh
0 Komentar untuk "Pelarian Rohinga mati ditembak dikebumi satu liang lahad di Bangladesh"