Gema Semua Maklumat

Penganjur tak peduli, pesta arak mahu diteruskan

Penganjur tak peduli, pesta arak mahu diteruskan

KUALA LUMPUR, 30 Zulhijjah 1438H, Khamis – Kenyataan penganjur ‘Better Beer Festival 2017’ (pesta arak) dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, bahawa mereka tidak bercadang menukar lokasi penganjurannya, menunjukkan acara itu akan tetap diteruskan, walaupun tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Memetik laporan dalam Sin Chew Daily, jurucakap penganjur berkata, mereka tidak bercadang menukar lokasi pesta itu dan tidak juga akan memohon kepada negeri-negeri lain untuk mengadakan acara berkenaan.

“Kami tidak cadang memohon dengan negeri-negeri lain. Kalau mohon pun, tidak semestinya akan diluluskan,” katanya.

Pesta arak itu yang dijadualkan diadakan pada 5 dan 6 Oktober ini, menerima kecaman orang ramai, terutama umat Islam, yang turut kesal kerana menjadikan Malaysia sebagai lokasi pesta itu.

Penganjur dikatakan akan membawa 250 jenama arak berbeza daripada 43 syarikat arak di seluruh dunia untuk memenuhi cita rasa pengunjung.

The post Penganjur tak peduli, pesta arak mahu diteruskan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Penganjur tak peduli, pesta arak mahu diteruskan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Penganjur tak peduli, pesta arak mahu diteruskan"

Back To Top