Gema Semua Maklumat

Trak bawa bantuan pelarian Rohingya terbabas, 9 maut

Trak bawa bantuan pelarian Rohingya terbabas, 9 maut

 

DHAKA (Bangladesh), 30 Zulhijjah 1438H, Khamis – Sebuah trak yang membawa bantuan untuk pelarian Islam Rohingya di Bangladesh telah terbabas dan jatuh ke dalam parit pada pagi Khamis, membunuh sekurang-kurangnya sembilan pekerja bantuan yang menaikinya.

Seorang Pegawai Perubatan Bangladesh, Aung Swi Prue, berkata, enam orang maut di tempat kejadian.

Manakala, tiga lagi mati selepas tiba di hospital, dan 10 yang lain cedera dan menerima rawatan.

Seorang jurucakap, Misada Saif berkata, semua yang terbunuh adalah pekerja Bangladesh yang diupah untuk mengedarkan pakej makanan kepada 500 keluarga Rohingya.

Saif berkata, trak itu milik International Committee of the Red Cross (ICRC) dan Bangladesh Red Crescent Society dan dikendalikan oleh pembekal yang telah bekerja untuk kedua-dua agensi itu untuk beberapa minggu terakhir.

Beliau berkata, pegawai agensi sangat terkejut dan sedih dengan insiden itu. – Agensi

The post Trak bawa bantuan pelarian Rohingya terbabas, 9 maut appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Trak bawa bantuan pelarian Rohingya terbabas, 9 maut
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Trak bawa bantuan pelarian Rohingya terbabas, 9 maut"

Back To Top