Gema Semua Maklumat

Piala Presiden Isma 2017: Kedah puas hati tempat ketiga

Piala Presiden Isma 2017: Kedah puas hati tempat ketiga

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Satu-satunya pasukan dari Utara – Kedah – yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir berpuas hati dengan tempat ketiga yang diperoleh dalam perlawanan menentang Kelantan.

Gembira dengan pencapaian pasukan, Kapten Pasukan Kedah, Muhammad Abdul Mannan Abidin berkata, beliau berpuas hati dengan takhta tersebut.

“Alhamdulillah prestasi kami meningkat. Dengan izin Allah, kami lebih berkeyakinan untuk mendapat nombor satu pada masa akan datang,”

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada pengurusan pasukan yang telah menjalankan tugas dengan begitu baik dan menjadi salah satu punca kejayaan pasukan Kedah pada hari ini.

Kedah telah berjaya menewaskan Kelantan 3-1 sekaligus menempatkan pasukan dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu menduduki tempat keempat dalam Kejohanan Piala Presiden Isma 2017

The post Piala Presiden Isma 2017: Kedah puas hati tempat ketiga appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Piala Presiden Isma 2017: Kedah puas hati tempat ketiga
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Piala Presiden Isma 2017: Kedah puas hati tempat ketiga"

Back To Top