GEORGE TOWN, 4 Muharram 1438H, Isnin – Polis Pulau Pinang berjaya menahan dua beradik yang dipercayai terlibat dalam satu sindiket memproses dadah di dua lokasi berasingan, semalam.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik berkata, kedua-dua mereka diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dalam operasi pada jam 5.30 petang.
Dalam serbuan pertama di rumah keluarga berkenaan di Taman Seri Rambai, Bukit Mertajam, polis menahan seorang wanita berusia 44 tahun sebelum menemui set kunci sebuah rumah lain di kawasan sama.
Serbuan itu telah membongkar sebuah makmal memproses dan membungkus pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM769,250.
Turut ditemui adalah mesin dan ubat-ubatan tiruan yang telah diproses serta sedia dipasarkan.
“Dalam serbuan kedua kita menjumpai 7,135 pil ekstasi, serbuk ekstasi seberat 2.13 kilogram (kg), serbuk kafein (1.3 kg) dan 58 kg ubat tiruan.
“Polis turut merampas empat mesin dipercayai digunakan bagi memproses dadah berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini.
Roslee Chik berkata, mereka kini ditahan reman sehingga 28 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
The post Polis tumpas sindiket proses dadah dua beradik appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis tumpas sindiket proses dadah dua beradik
0 Komentar untuk "Polis tumpas sindiket proses dadah dua beradik"