COX’S BAZAR (Bangladesh), 8 Muharram 1439H, Jumaat – Lima belas mayat wanita dan kanak-kanak etnik muslim Rohingya ditemui selepas bot yang dipercayai membawa 100 pelarian, karam tidak jauh dari pantai di daerah Cox’s Bazar, petang semalam.
Tujuh belas lagi sempat menyelamatkan diri, manakala selebihnya hilang dikhuatiri lemas ketika laut bergelora, kata polis.
Agensi berita melaporkan lebih 100 pelarian Rohingya berada di atas bot itu ketika ia karam kira-kira jam 5.30 petang semalam tidak jauh dari Patuwartek, 8 kilometer dari Pantai Inani di daerah Cox’s Bazar.
“Pelarian yang terselamat memberitahu terdapat lebih 100 pelarian di atas bot berkenaan. Kami bimbang akan menemui lebih ramai mayat,” kata Inspektor Mohamed Kai Kislu.
Nurul Islam, 22 tahun dari Rathetaung yang terselamat dalam tragedi itu berkata, beliau menaiki bot berkenaan dari Go Zon Dia, satu perkampungan Rohingya di pinggir sungai Naf kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.
Katanya, terdapat lebih 100 orang di atas bot itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, termasuk ibu, isteri dan bayi lelakinya, selain adik dan tiga anaknya – semuanya dikhuatiri lemas.
Pekerja bantuan kecemasan, polis dan bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mereka yang terselamat. – Agensi
The post Puluhan pelarian Rohingya dikhuatiri lemas apabil bot karam appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Puluhan pelarian Rohingya dikhuatiri lemas apabil bot karam
0 Komentar untuk "Puluhan pelarian Rohingya dikhuatiri lemas apabil bot karam"