Setelah nyata dirinya terpalit dan terbelit bersama Umno, bijakkah PAS dok jaja isu ini kepada pengikutnya? -
Setelah nyata dirinya terpalit dan terbelit bersama Umno, bijakkah PAS dok jaja isu ini kepada pengikutnya? merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Setelah nyata dirinya terpalit dan terbelit bersama Umno, bijakkah PAS dok jaja isu ini kepada pengikutnya?
* Tak heran mereka cuba kelirukan ahli-ahlinya kerana mereka tahu pengikut2nya ramai yang kelabu tahap pemikiranya
Itulah sebabnya Mahfuz berkata begini: Melayu mana lagi hendak sokong PAS
PAS kempen kata Dr Mahathir, Anwar akan masuk Umno semula
Zulkifli Sulong
Diterbitkan pada 26 Sep 2017 11:00AM ·
PAS berusaha memujuk penyokongnya yang kecewa dengan keputusan tidak bersama Pakatan Harapan dengan mendakwa tidak mustahil Dr Mahathir Mohamad dan beberapa bekas pemimpin Umno lain kembali kepada parti Melayu itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 September, 2017.
PAS meningkatkan serangannya terhadap Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim dengan mendakwa kedua-dua pemimpin itu akan kembali ke pangkuan Umno. Ini berlaku ketika parti Islam itu nampaknya mengunci sebarang kemungkinan untuk bekerjasama dengan PKR dan Bersatu.
Selain menggunakan lidah parti, Harakah, pemimpin PAS sudah mula memberitahu pengikutnya dalam majlis ceramah bahawa tiada gunanya bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana Dr Mahathir dan Anwar akhirnya akan berpatah balik dan masuk semula Umno.
Dr Mahathir kini merupakan pengerusi PH sementara Anwar ialah pemimpin de factonya. Dr Mahathir dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berulang kali sebelum ini mengatakan mereka tidak akan kembali menyertai Umno kerana ia sudah rosak teruk.
PAS juga memberitahu ahli-ahlinya di akar umbi yang pakatan pembangkang akan berpecah tidak lama lagi, nada yang sama yang diucapkan oleh Perdana Menteri Najib Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) apabila yang menggelar pakatan itu sebagai "satu lawak jenaka".
Pengarah Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob dalam satu rencana bertajuk "Anwar atau Mahathir mungkin U-Turn kepada Umno?" menulis Anwar mungkin akan mengikuti jejak langkah Muhammad Muhammad Taib dan pulang ke pangkuan Umno.
Rencana itu mengingatkan yang Muhammad, Anwar dan Najib pernah bersama dalam Team Wawasan ketika Anwar merampas kerusi timbalan presiden parti itu daripada Ghafar Baba pada 1993.
"Tidak mustahil dalam keadaan terdesak mendepani politik Tun Mahathir dalam menjelang PRU14 ini, Anwar akan dikembalikan ke dalam Umno semula oleh rangkaian yang disebutkan tadi.
"Apatah lagi ia strategi yang paling ampuh untuk melumpuhkan PKR yang kini berpecah belah angkara beberapa pemimpin tidak sehaluan.
"Dan tidak mustahil bagi Najib yang terdesak mempertahankan survival politiknya dengan membebaskan Anwar dari penjara, kemudiannya menjadikan Anwar sekutu rapatnya dalam mendepani PRU14.
Wan Nordin juga menulis Dr Mahathir juga boleh patah balik masuk Umno "selepas melihat PH yang dipimpinnya berantakan tidak keruan hala tuju, dengan sikap DAP yang semakin dominan."
Di pentas ceramah, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Riduan Mohd Nor mengatakan Dr Mahathir akan balik semula menyertai Umno.
"PH ini akan pecah bahkan tidak mustahil Dr Mahathir masuk balik ke dalam Umno," dalam satu ceramah di Terengganu, pada hujung minggu lalu.
Para penyokong parti Islam itu dipujuk agar mereka tidak kesal dengan keputusan PAS bekerjasama dengan parti-parti kecil lain dalam Gagasan Sejahtera, dan bukannya pula menyertai PH.
Membendung kesan negatif
Serangan PAS terhadap dua pemimpin ini datang ketika ia terpaksa menangani kesan dalam kalangan ahli-ahlinya sendiri ekoran keputusannya menarik diri daripada PH. Ada dalam kalangan ahli akar umbi PAS merasakan pilihan terbaik untuk parti itu sampai ke Putrajaya ialah bekerjasama dengan pembangkang.
Kajian yang dibuat oleh PAS juga mendapati parti itu rugi sekiranya bertanding sendirian dalam pilihan raya umum nanti.
Tanpa bantuan PKR, DAP dan Bersatu, PAS berkemungkinan hilang separuh kerusinya di Selangor. Sekiranya itu berlaku, PAS berdepan kemungkinan tersingkir daripada kerajaan Selangor kerana ia tidak bersama PH dan tidak pula bersama BN.
Ini bermakna selepas hampir 10 tahun menjadi sebahagian daripada kerajaan di Selangor, parti itu akan hilang semua kedudukan dalam pentadbiran negeri, pihak berkuasa tempatan malah jawatankuasa masjid.
Oleh itu, ketika pimpinan tertinggi PAS berulang kali mengatakan keengganan menyertai PH, pemimpin lain seperti Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir terus menghantar mesej yang berbeza dengan mengatakan ia terbuka untuk bekerjasama dengan PKR dan Bersatu.
Dr Mahathir juga mengatakan parti Islam itu akhirnya akan membantu BN secara tidak langsung dengan memecahkan undi pembangkang sekiranya PAS memaksa pertembungan tiga penjuru di kerusi-kerusi yang ia tidak boleh menang.
Dr Mahathir, Mukhriz and Memali
Di Terengganu, Riduan memberitahu penyokong PAS yang ia sudah berusaha memujuk Dr Mahathir untuk bekerjasama dengan parti Islam itu.
"Pada awal pembentukan Bersatu, kita sudah jumpa anak dia, Mukhriz.
"Kita minta Mukhriz pujuk ayahnya agar pergi ke Memali dan hanya sebut 'minta maaf' saja, tetapi dia tidak mahu," katanya dalam ceramah di kubu parti Islam itu di Rhu Rendang.
Bagi Riduan, meminta maaf atas tragedi Memali 1985 lalu adalah antara syarat untuk membolehkan PAS bekerjasama dengan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.
Atas dasar itulah, katanya, PAS mendesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk bagi menyiasat kejadian yang mengorbankan 14 orang termasuk empat anggota polis itu.
"Kita ingin tahu, anggota polis yang terkorban ini kerana ditetak dengan parang atau (terkena) peluru M16," kata Riduan yang dianggap oleh PAS sebagai pakar sejarah.
Dr Mahathir dan Kertas Putih Peristiwa Memali yang dikeluarkan oleh kerajaan menyalahkan tragedi Memali ke atas "Amanat Hadi" yang diucapkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 1981, semasa jadi Pesuruhjaya PAS negeri. Hadi tidak pernah menarik balik amanat itu.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Asri Mat Daud berkata Dr Mahathir jugalah pihak yang menghalang Kelantan melaksanakan hudud.
"Dr Mahathir menghantar surat kepada Tok Guru Nik Aziz (bekas menteri besar Kelantan) memberikan amaran agar jangan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang di uluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan," kata Asri yang juga setiausaha akhbar menteri besar Kelantan sekarang.
PAS sedang berkempen menjelang perhimpunan besar, Fastaqim 2.0 yang akan diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu 29-30 September ini. – 26 September, 2017.

Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "Setelah nyata dirinya terpalit dan terbelit bersama Umno, bijakkah PAS dok jaja isu ini kepada pengikutnya?"