Oleh Athirah Huda Zalhe
SHAH ALAM, 17 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat bergabung untuk turut serta merealisasikan program ‘Sinar4Rohingya’ Solidariti Untuk Kemanusiaan anjuran Sinar Harian, hari ini.
Program berkenaan adalah usaha untuk membangkitkan kesedaran umum melalui pelbagai saluran bagi menamatkan kezaliman rejim Myanmar ke atas etnik minoriti Islam Rohingya di negeri barat Rakhine.
Pada majlis itu, satu kempen kesedaran melalui hebahan di akhbar cetak Sinar Harian, Sinar Online dan Sinar TV dilancarkan bagi meningkatkan kefahaman rakyat mengenai krisis yang menimpa etnik Rohingya.
Kempen berkenaan berfokus kepada pengumpulan dana membantu pendidikan, perubatan, makanan dan pemulihan masyarakat Rohingya, sama ada di Malaysia mahupun Myanmar.
Semua dana yang terkumpul akan dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank khusus untuk program tersebut.
Antara NGO yang turut hadir adalah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan).
Sehingga Julai tahun ini, sejumlah 59,100 pelarian Rohingya telah didaftar oleh Agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di Malaysia.
The post Sinar4Rohingya himpun NGO, badan korporat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sinar4Rohingya himpun NGO, badan korporat
0 Komentar untuk "Sinar4Rohingya himpun NGO, badan korporat"