Gema Semua Maklumat

270,000 pelarian Rohingya banjiri Bangladesh: UNHCR

270,000 pelarian Rohingya banjiri Bangladesh: UNHCR

COX BAZAR (Bangladesh), 17 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Kira-kira 270,000 etnik minoriti Islam Rohingya membanjiri sempadan Bangladesh bagi melarikan diri daripada kekerasan dan penindasan rejim Myanmar di wilayah Rakhine, lapor Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), hari ini.

Jurucakapnya, Vivian Tan berkata, bilangan itu meningkat mendadak daripada anggaran 164,000 pada hari Khamis.

“Walaupun bagaimanapun ini tidak menggambarkan pelarian tersebut baru tiba dalam tempoh 24 jam, tetapi banyak yang baru muncul di kawasan perlindungan dikesan.

“Jumlah tersebut sangat membimbangkan dan tindakan perlu diambil segera bagi menyelesaikan konflik di Myanmar,” katanya.

Setakat ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia.- Agensi

The post 270,000 pelarian Rohingya banjiri Bangladesh: UNHCR appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 270,000 pelarian Rohingya banjiri Bangladesh: UNHCR
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "270,000 pelarian Rohingya banjiri Bangladesh: UNHCR"

Back To Top