Gema Semua Maklumat

‘Takkan pulang ke Rakhine selagi belum aman’, kata anak Rohingya

‘Takkan pulang ke Rakhine selagi belum aman’, kata anak Rohingya

COX BAZAR (Bangladesh), 18 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Hampir kesemua penduduk Islam Rohingya yang dirawat di Bangladesh menderita akibat terkena tembakan atau serpihan letupan bom regim Myanmar.

Salah seorangnya, Mohammed Idrees antara 60 penduduk Rohingya yang terpaksa dirawat di hospital selepas keganasan terbaharu tercetus di Rakhine, barat laut Myanmar sejak penghujung bulan Ogos lalu.

Dia kini dirawat di Hospital Kolej Perubatan Chittagong apabila cuping telinga kirinya hampir putus selepas ditembusi peluru yang ditembak tentera Myanmar.

Anak berusia 10 tahun itu sudah memahami penderitaan ahli keluarga dan masyarakat Islam lain. Dia meluahkan rasa takutnya dengan apa yang terjadi di negara sendiri dan memberitahu tidak mahu pulang ke Rakhine lagi.

“Saya tidak akan kembali ke kampung halaman di Rakhine selagi di sana masih belum aman,” katanya penuh hiba.

Semalam, Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) memaklumkan, kira-kira 270,000 etnik minoriti Islam Rohingya membanjiri sempadan Bangladesh bagi melarikan diri daripada kekerasan dan penindasan rejim Myanmar. – Agensi

The post ‘Takkan pulang ke Rakhine selagi belum aman’, kata anak Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Takkan pulang ke Rakhine selagi belum aman’, kata anak Rohingya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "‘Takkan pulang ke Rakhine selagi belum aman’, kata anak Rohingya"

Back To Top