FLORIDA, 18 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Taufan Irma dengan angin selaju 300 kilometer sejam dijangka membadai Florida esok (Ahad), menjadikannya taufan terbesar kedua melanda tanah Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa minggu.
Meskipun taufan Irma boleh berubah-ubah dan ketepatan arah tidak menentu, kekuatannya dijangka kekal sekurang-kurangnya kategori empat sebelum tiba di Florida.
Sebelum ini, Taufan Harvey telah membadai Texas dan Louisiana sehingga menyebabkan 60 maut dengan kerosakan harta benda dalam anggaran AS$180 bilion (RM760 bilion).
Susulan itu, Gabenor Florida, Gabenor Rick Scott semalam mengarahkan kawasan pantai dan Florida Keys yang menjadi tumpuan pelancong dikosongkan sepenuhnya.
“Taufan itu amat kuat dan bahaya. Jangan sesekali abaikan arahan pemindahan. Ingat, kita boleh membina kembali rumah yang musnah namun kita tak boleh membina kembali nyawa.
“Semua penduduk Florida perlu bersedia untuk dipindahkan,” kata Scott.
Terdahulu taufan Irma pernah meranapkan beberapa pulau di Carribbean sehingga menyebabkan 19 terbunuh.
Pada masa sama, Taufan Jose yang berada di belakang Irma (angin selaju 250 km/j) kini meningkat ke kategori empat dengan angin selaju 200 kilometer sejam dan gabungan kedua-dua taufan itu boleh membawa kemusnahan besar-besaran. -Agensi
The post Taufan Irma badai Florida AS esok, jutaan penduduk diarah pindah segera appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Taufan Irma badai Florida AS esok, jutaan penduduk diarah pindah segera
0 Komentar untuk "Taufan Irma badai Florida AS esok, jutaan penduduk diarah pindah segera"