Gema Semua Maklumat

‘Tetamu’ kenduri kahwin kebas duit

‘Tetamu’ kenduri kahwin kebas duit

Che Seman menunjukkan gambar pencuri yang sempat dirakam ahli keluarganya. – Gambar Sinar Harian

TUMPAT, 14 Zulhijjah 1438H, Selasa – Datang sebagai ‘tetamu’ kenduri kahwin namun menyelinap masuk ke dalam bilik pengantin untuk mencuri wang.

Memetik laporan Sinar Harian,  taktik penyamaran seorang wanita berusia 53 tahun itu bagaimanapun kantoi apabila dia diberkas ahli keluarga pengantin apabila cuba melarikan diri bersama wang tunai RM113.

Kejadian kira-kira jam 3.15 petang kelmarin di Kampung Nechang ketika majlis perkahwinan pasangan pengantin baru Saidatul Akma Che Seman dan suaminya, Mohd Redzuan Abdul Wahad.

Bapa pengantin perempuan, Che Seman Mamat, 58, berkata, salah seorang anaknya menyedari kelakuan pelik wanita itu yang tiba-tiba naik ke tingkat atas ketika menyambut kedatangan pengantin lelaki.

“Anak saya mengekorinya dan selepas melihat duit di dalam beg hilang, dia terus menjerit pencuri dan akhirnya wanita itu dapat ditangkap di garaj rumah yang tergesa-gesa mahu keluar melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Nik Azlan Nik Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, wanita tersebut ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Katanya, suspek mempunyai rekod jenayah lampau sebanyak sembilan kes berkaitan kes curi.

“Saya menasihati orang ramai lebih berhati-hati dan mengunci pintu bilik yang menyimpan barang berharga, wang hantaran sepanjang kenduri kahwin berlangsung,” katanya.

The post ‘Tetamu’ kenduri kahwin kebas duit appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Tetamu’ kenduri kahwin kebas duit
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "‘Tetamu’ kenduri kahwin kebas duit"

Back To Top