BANGI, 8 Muharram 1439H, Jumaat – Sarawak tidak mempunyai masalah sekiranya pesta arak, Oktoberfest dianjur di negeri itu, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata, Oktoberfest dilihat sebagai perayaan budaya dan bukan hanya pesta meminum bir semata-mata, sambil menambah sambutan itu membantu meningkatkan pelancongan negeri berkenaan.
Memetik laporan portal The Star, Abdul Karim mendakwa, beliau tidak melihat mengapa festival budaya Jerman itu tidak dapat disambut di negara ini memandangkan budaya Malaysia juga dipamerkan di negara lain.
Katanya, festival berkenaan adalah sama dengan sambutan Gawai Dayak, di mana banyak makanan dan minuman dihidangkan.
“Di Malaysia, ada tanggapan salah mengenai Oktoberfest dan dipromosikan di kedai minum sebagai festival minum bir. Sejak zaman saya bersekolah lagi, saya nampak hotel di Sarawak menganjurkan Oktoberfest dan saya hairan mengapa ia menjadi isu pada 2017.
“Adakah Oktoberfest festival minum semata-mata? Tidak. Oktoberfest ialah festival makanan dan kebudayaan, dan bagi orang Jerman, minum bir itu perkara biasa.
Menteri itu berkata sekiranya orang bukan Islam mahu sambut Oktoberfest, mereka boleh berbuat demikian dan terpulang kepada mereka sama ada mahu mengambil arak atau tidak seperti orang Jerman.
“Apabila beberapa ekstremis mendakwa bahawa Oktoberfest adalah perayaan bir, saya benar-benar tidak bersetuju,” katanya.
The post Tiada masalah Oktoberfest dianjur di Sarawak: Menteri appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tiada masalah Oktoberfest dianjur di Sarawak: Menteri
0 Komentar untuk "Tiada masalah Oktoberfest dianjur di Sarawak: Menteri"