Gema Semua Maklumat

Tolak parti pisahkan agama demi politik: Hadi

Tolak parti pisahkan agama demi politik: Hadi

KUALA LUMPUR, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Rakyat perlu menolak parti fanatik kaum dan kumpulan yang berkonsepkan sekularisme seperti DAP dan gabungan parti yang menjadi anggota pakatan harapan, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini kerana, katanya, mereka memisahkan urusan kehidupan daripada agama dan boleh menukar agama dengan apa sahaja serta menjadikannya alat kepada siapa sahaja demi kepentingan politik sementara.

“Mereka sudah menunjukkan sifat negatif dengan hanya mentadbir negeri, belum lagi negara, dan telah pun menunjukkan perangai yang boleh menempah ketegangan dalam masyarakat majmuk ini, lebih-lebih lagi menunjukkan keberanian mahu merungkai perkara asas dalam kontrak sosial yang telah diikat dalam Perlembagaan Negara.

“Berbeza dengan PAS di Kelantan yang boleh meneruskan perjuangannya walaupun dicekik dan dijerut lehernya, namun tetap tidak dapat dicucuk hidungnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Abdul Hadi berkata, PAS juga tidak perlu terikut-ikut dengan propaganda pihak lain yang kononnya bimbang PAS ditipu oleh UMNO atau UMNO ditipu oleh PAS.

“Islam mengajar penganutnya bahawa urusan ikhlas dan niat menipu tidak mengira PAS atau UMNO dan sesiapa sahaja adalah perkara tersirat yang menjadi urusan ilmu Allah dan balasannya daripada Allah, urusan kita apa yang zahir sahaja,” katanya.

The post Tolak parti pisahkan agama demi politik: Hadi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tolak parti pisahkan agama demi politik: Hadi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tolak parti pisahkan agama demi politik: Hadi"

Back To Top