Gema Semua Maklumat

Ujian bom hidrogen gegarkan Korea Utara

Ujian bom hidrogen gegarkan Korea Utara

PYONGYANG, 12 Zulhijjah 1438H, Ahad – Korea Utara mengesahkan melakukan ujian bom hidrogen selepas satu gegaran menggoncang negara itu tengah malam tadi.

Korean Central News Agency (KCNA) melaporkan ujian terhadap bom hidrogen itu dilakukan selepas menerima arahan Presiden Kim Jong-un.

Ujian itu dibuat jam 12 malam waktu Korea Utara (03:30 GMT) bagi menguji dan mengesahkan keupayaan teknologi Korea Utara, kata KCNA.

Ujian itu menghasilkan kuasa kuat yang tidak dijangka dan menandakan satu peristiwa sangat penting dalam usaha Korea Utara mencapai matlamat menyelesaikan kuasa nuklearnya.

Awal hari ini, Korea Utara mendakwa berjaya membangunkan senjata nuklear pemusnah baharu yang lebih hebat, dan kini di peringkat pemeriksaan.

KCNA melaporkan pemimpin negara itu, Jong-Un kini memeriksa bom hidrogen yang akan dimuatkan bersama peluru berpandu balistik rentas benua (ICBM).

Naik taraf senjata nuklear itu berlaku di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin meningkat berikutan pelancaran dua peluru berpandu ICBM dari Pyongyang pada Julai lalu yang berpotensi melanda banyak bahagian di Amerika Syarikat (AS).

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan gegaran melanda Korea Utara hari ini, dengan kekuatan berukuran 6.3 magnitut dan kedalaman pada 23 kilometer.

China pula melaporkan mereka mengesan gegaran di Korea Utara dengan magnitut 4.6, lapan minit selepas gegaran awal. – Agensi

The post Ujian bom hidrogen gegarkan Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ujian bom hidrogen gegarkan Korea Utara
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ujian bom hidrogen gegarkan Korea Utara"

Back To Top