BANGI, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berjalan seperti biasa esok meskipun diumumkan sebagai cuti kelepasan negeri Kedah susulan kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan media sebentar tadi.
Kementerian itu berkata, semua petugas peperiksaan dan calon yang berdaftar di Kedah perlu hadir walaupun esok diisytiharkan sebagai hari cuti kelepasan negeri bagi menghormati kemangkatan Sultan Kedah.
KPM turut merakamkan sembah takziah dan merakamkan rasa dukacita KPM di atas kemangkatan baginda.
The post UPSR berjalan seperti biasa esok: Kementerian Pendidikan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di UPSR berjalan seperti biasa esok: Kementerian Pendidikan
0 Komentar untuk "UPSR berjalan seperti biasa esok: Kementerian Pendidikan"