Gema Semua Maklumat

Video etnik Rohingya lari daripada pembunuhan, kampung dibakar

Video etnik Rohingya lari daripada pembunuhan, kampung dibakar

BANGI, 16 Zulhijjah 1438H, Khamis – Askar dan orang awam Myanmar cuba menutupi pembunuhan beramai-ramai penduduk Rohingya dengan mengumpul mayat mereka dan membakarnya, kata seorang peguam kepada kumpulan minoriti itu.

Pengarah Projek Arakan, Chris Lewa, yang memantau keganasan di Rakhine, berkata organisasinya mendokumentasikan pembunuhan sekurang-kurangnya 130 orang dalam satu penempatan di Rathedaung.

Ada laporan mengatakan penduduk tiga kampung lagi turut dibunuh, katanya.

Tentera mengepung kampung dan menembak ke arah penduduk tanpa mengira usia, namun apa yang kami dapati ialah, berbanding keganasan yang berlaku pada Oktober dan November tahun lalu, kali ini jumlah penganut Buddha tempatan yang turut sama dengan pihak tentera telah meningkat, katanya.

“Apa yang kami dapati ialah selepas melakukan pembunuhan, tentera dan orang awam Myanmar mengumpul mayat etnik Rohingya dan membakarnya bagi menghapus bukti,” katanya. – Agensi

The post Video etnik Rohingya lari daripada pembunuhan, kampung dibakar appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Video etnik Rohingya lari daripada pembunuhan, kampung dibakar
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Video etnik Rohingya lari daripada pembunuhan, kampung dibakar"

Back To Top