BANGI, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak spekulasi banyak pihak berhubung sidang media khas yang akan diadakan petang ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diadakan.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau mahu pihak yang menyebarkan berita palsu berkaitan sidang media itu supaya berhenti berbuat demikian.
Memetik laporan portal The Star, semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO menerima jemputan semalam dari Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menghadiri sidang media itu.
Sidang media khas itu dijangka diadakan pada jam 4.45 petang ini di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Bagaimanapun, pihak media tidak dimaklumkan butiran mengenai sidang media itu.
The post Zahid nafi sidang media khas berkaitan pembubaran Parlimen appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Zahid nafi sidang media khas berkaitan pembubaran Parlimen
0 Komentar untuk "Zahid nafi sidang media khas berkaitan pembubaran Parlimen"