Gema Semua Maklumat

293 kes difailkan di Mahkamah Jenayah Kanak-Kanak sejak 22 Jun

293 kes difailkan di Mahkamah Jenayah Kanak-Kanak sejak 22 Jun

KUALA LUMPUR, 4 Safar 1439H, Selasa – Sejumlah 293 kes difailkan di Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak sejak ia ditubuhkan pada 22 Jun tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 84 peratus atau 248 kes telah diselesaikan dalam tempoh tiga bulan.

Katanya, mahkamah khas itu dilengkapi dengan sistem Transkripsi Rakaman Mahkamah (CRT), Sistem Audio Visual dan bilik saksi kanak-kanak yang membantu mempercepatkan prosiding mahkamah.

“Prasarana khusus ini amat penting demi membantu prosiding perbicaraan di mahkamah khas tersebut.

“Kemudahan yang disediakan ini dapat memastikan perbicaraan dan pendengaran kes dijalankan dengan cepat dan berkesan,” katanya menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Menurutnya, maklumat mengenai kes-kes yang membabitkan jenayah seks terhadap kanak-kanak tidak diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Bagaimanapun jelasnya, Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 menetapkan sekatan kepada laporan media dan penerbitan berita yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak terlibat.

The post 293 kes difailkan di Mahkamah Jenayah Kanak-Kanak sejak 22 Jun appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 293 kes difailkan di Mahkamah Jenayah Kanak-Kanak sejak 22 Jun
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "293 kes difailkan di Mahkamah Jenayah Kanak-Kanak sejak 22 Jun"

Back To Top