Gema Semua Maklumat

Adik maut, kakak cedera ditembak askar Zionis

Adik maut, kakak cedera ditembak askar Zionis

Gambar fail

RAMALLAH, 11 Safar 1439H, Selasa – Askar rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah dua beradik tidak jauh dari penempatan haram Yahudi di Halamish di barat laut Ramallah, menyebabkan seorang daripada mereka terbunuh dan seorang lagi cedera, hari ini.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan, Mohammad Abdullah Mousa, 26, dari perkampungan Deir Ballout di barat Salfit, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital Israel selepas askar menembak kereta mereka.

Kakaknya, Latifa, 33, cedera di bahu dan keadaannya tidak membimbangkan.

Israel mendakwa askarnya melepaskan tembakan kerana ‘mengesyaki’ kereta dinaiki adik beradik itu diguna untuk melanggar mereka.

Kejadian itu berlaku sehari selepas tujuh anggota pejuang Palestin terbunuh akibat serangan roket rejim Israel ke atas sebuah terowong di Semenanjung Gaza.

Gambar fail

Sementara itu di JERUSALEM, rejim Zionis menangkap sekurang-kurangnya 17 warga Palestin dalam serbuan berterusan sejak malam tadi di Tebing Barat dan timur Jerusalem.

Anggota tentera Israel berpakaian awam dilaporkan menceroboh kem pelarian Qalandia di utara Jerusalem dan menculik tiga pemuda Palestin.

Askar kemudian menyerbu kem itu dengan melepaskan gas pemedih mata, bom dan tembakan menggunakan peluru getah bagi menyuraikan beberapa pemuda Palestin yang menentang mereka. Tiga pemuda Palestin cedera dalam kejadian itu.

Beberapa serbuan kemudian dilakukan ke atas rumah penduduk, termasuk di timur Jerusalem dan menangkap pemuda serta wanita Palestin. – Agensi

The post Adik maut, kakak cedera ditembak askar Zionis appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Adik maut, kakak cedera ditembak askar Zionis
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Adik maut, kakak cedera ditembak askar Zionis"

Back To Top