Gema Semua Maklumat

Ancaman perkauman di Amerika bertambang geting?

Ancaman perkauman di Amerika bertambang geting? -
Florida isytihar darurat menjelang ucapan pemimpin supremasi kulit putih
TMI · Diterbitkan pada 17 Oct 2017 12:51PM
Gabenor Rick Scott berkata pengisytiharan darurat itu bagi memastikan pasukan keselamatan bersiap sedia. – Gambar EPA, 17 Oktober, 2017

GABENOR Rick Scott telah mengisytiharkan darurat di utara Florida menjelang ucapan pemimpin supremasi kulit putih Richard Spencer yang terlibat dalam perarakan pada Ogos lalu yang mengakibatkan keganasan.

Spencer, pemimpin pergerakan “alternatif kanan” dijadual memberi ucapan pada Khamis ini di Universiti Florida, bandar Gainesville yang dihuni seramai 130,000 penduduk.

Terdapat satu ancaman “getir” yang boleh mengakibatkan darurat, kata Scott menambah bahawa pengisytiharan darurat itu bagi memastikan pasukan keselamatan bersiap sedia.

“Kita tinggal dalam negara di mana semua orang ada hak untuk suarakan pandangan. Namun, kita tidak akan bertoleransi dengan keganasan. Keselamatan awam sentiasa menjadi kepentingan utama.

“Arahan ini merupakan satu langkah tambahan untuk memastikan bahawa Universiti Florida dan seluruh komuniti dipersiapkan supaya semua orang dalam keadaan selamat,” kata Scott.

Spencer terlibat berucap dalam perhimpunan nasionalis putih di Charlottesville, Virginia pada Ogos lalu yang mencetuskan pertelingkahan pada hujung minggu. 

Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 32 tahun terbunuh apabila sebuah kereta berlanggar dengan penunjuk perasaan, manakala dua polis mati di dalam kemalangan helikopter ketika mereka bertindak balas dalam keganasan tersebut.

Atas nama kebebasan bersuara, Universiti Florida bersetuju membenarkan Spencer berucap, tetapi menjelaskan Spencer sebenarnya tidak dijemput untuk berceramah.

Kumpulan tersebut dikatakan membayar USD10,564 (RM44,538) untuk menyewa ruang itu yang mana akan digunakan untuk menambah baik keselamatan kampus.

Sekumpulan pelajar semalam melakukan protes terhadap ceramah itu, meminta pihak universiti membatalkannya.

“Kami menggalakkan anda menyuarakan sokongan terhadap komuniti berbilang kaum yang menjadi kebangaan dan nilai murni institusi ini. 

“Kami juga meminta supaya anda semua tidak ke ceramah tersebut. Jangan biarkan Universiti Florida ditentukan oleh Spencer,” kata Linda Stump-Kurnick, pembantu naib president keselamatan awam dan alam sekitar universiti.

Menurut Southern Poverty Law Centre yang memantau kumpulan pembenci di AS, Spencer “memperjuangkan tanah air Aryan untuk golongan putih yang dihalau dan menyeru “pembersihan etnik secara aman” bagi menghentikan “penghapusan” budaya Eropah.” – AFP, 17 Oktober, 2017.


Ancaman perkauman di Amerika bertambang geting? merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Ancaman perkauman di Amerika bertambang geting?
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Ancaman perkauman di Amerika bertambang geting?"

Back To Top