Gema Semua Maklumat

Asrama Tahfiz terbakar lagi......

Asrama Tahfiz terbakar lagi...... -
Asrama sekolah tahfiz terbakar, tiada kecederaan
Astro Awani |  Oktober 23, 2017 08:21 MYT
Asrama sekolah tahfiz terbakar, tiada kecederaan
Sebaik tiba, api sedang marak di sebuah bilik di tingkat dua blok asrama maahad tahfiz berkenaan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Sebuah maahad tahfiz di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, terlibat dalam satu kes kebakaran asrama malam tadi, sekitar jam 8.20 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan, Balai Bomba Shah Alam menerima panggilan kecemasan kira kira jam 8.28 malam.

Sepasukan 14 anggota bersama dua jentera kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, api sedang marak di sebuah bilik di tingkat dua blok asrama maahad tahfiz berkenaan.

Bagaimanapun, ketika kejadian tiada penghuni di bilik asrama itu.

Api dapat dikawal beberapa minit kemudian.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


Asrama Tahfiz terbakar lagi...... merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Asrama Tahfiz terbakar lagi......
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Asrama Tahfiz terbakar lagi......"

Back To Top