Gema Semua Maklumat

Atlet judo Israel menang emas di UAE, terpaksa nyanyi sendiri lagu kebangsaan

Atlet judo Israel menang emas di UAE, terpaksa nyanyi sendiri lagu kebangsaan

ABU DHABI, 8 Safar 1439H, Sabtu – Atlet Israel, Tal Flicker yang memenangi pingat emas di kejohanan antarabangsa judo, terpaksa menyanyikan sendiri lagu kebangsaan negaranya di podium.

Hal ini kerana pihak penganjur terikat dengan peraturan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang tidak membenarkan lagu Israel dimainkan ketika sesi penyampaian pingat.

Atlet itu menyanyikan sendiri lagu ‘Hatikvah’ dengan iringan bendera Persatuan Judo Antarabangsa (IJF) yang dinaikkan menggantikan bendera Israel.

Tal yang memenangi pingat emas bagi kategori lelaki bawah 145 pound itu berkata, dia berbangga menjadi warga Israel kerana Israel adalah negaranya.

UAE tidak memiliki sebagai hubungan diplomatik dengan Israel seperti negara Arab lain dan menuntut pembebasan bumi Palestin.

Dalam satu kenyataan, IJF mendakwa pihaknya telah menghormati sensitiviti setiap negara penganjur dan semua peserta termasuk atlet Israel telah diberi layanan sama rata dalam semua aspek.

Persatuan Judo UAE pula berkata, tindakan tidak memainkan lagu Israel dan tidak menaikkan bendera negara haram itu adalah yang terbaik bagi menjaga keselamatan atlet itu sendiri.

Dalam kejohanan sama, seorang lagi atlet Israel, Gili Cohen yang telah memenangi pingat gangsa bagi kategori bawah 114 pound dan perkara sama telah berlaku iaitu lagu Israel tidak dimainkan dan bendera Israel tidak dinaikkan.

The post Atlet judo Israel menang emas di UAE, terpaksa nyanyi sendiri lagu kebangsaan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Atlet judo Israel menang emas di UAE, terpaksa nyanyi sendiri lagu kebangsaan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Atlet judo Israel menang emas di UAE, terpaksa nyanyi sendiri lagu kebangsaan"

Back To Top