Oleh Che Siti Rekembang Hasbi
BANGI, 7 Safar 1439H, Jumaat – Bajet 2018 yang dibentangkan di Dewan Rakyat petang tadi adalah bajet untuk menjaga kebajikan, yang sememangnya ditunggu-tunggukan seluruh rakyat Malaysia.
Ini disuarakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Perak, Amir Hamzah Abdul Rajak ketika dihubungi oleh ismaweb.net, sejurus berakhirnya pembentangan bajet berkenaan.
“Dalam sejarah bajet Malaysia, tidak pernah lagi ada bajet seperti ini. Oleh itu, saya memang amat menyokong dan menerima segala bajet yang dibentangkan kali ini,” katanya.
Beliau turut mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pembentangan bajet kali ini adalah hanya untuk meraih undi rakyat untuk pilihan raya yang akan datang.
“Setakat ini, apa yang saya lihat dari sejarah Bajet 2016 hingga 2017 lagi, apa yang diperkatakan oleh kerajaan telah dikotakan satu demi satu.
“Begitu juga dengan pembentangan bajet kali ini, dari awal hingga akhir ianya realiti dan bertanggungjawab untuk rakyat. Oleh itu, saya tak rasa bajet kali ini hanya untuk mengaburi mata rakyat semata-mata.
Beliau berharap, segala apa yang diutarakan dalam bajet kali ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya dengan sokongan dari semua pihak.
The post Bajet ditunggu rakyat: KIMMA appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bajet ditunggu rakyat: KIMMA
0 Komentar untuk "Bajet ditunggu rakyat: KIMMA"