KUALA LUMPUR, 7 Safar 1439H, Jumaat – Sambil mengangkat poster gaji minimum RM1,500 sebulan, Ahli Parlimen pembangkang melaungkan ‘kleptokrasi’, tatkala Datuk Seri Najib Razak hampir menamatkan pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, petang tadi.
Suasana menjadi sedikit kecoh apabila pembangkang dan penyokong kerajaan masing-masing berbalas kata-kata, hingga memaksa Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengetuk mejanya meminta kedua-dua pihak berhenti.
Keadaan hingar bingar itu tercetus ketika Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menutup pembentangannya dengan ucapan bahawa Ahli Parlimen BN akan tetap melaksanakan tanggungjawab mereka.
“Ayuhlah,…kita wajib tetap menggigit amanah yang diberikan itu, dengan taring-taring dan geraham-geraham masing-masing,… sampai ketitisan darah yang terakhir,… membawa Barisan Nasional,…. menuju kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum Ke-14 nanti. InsyaAllah,” kata Najib.
Tatkala itu, Ahli Parlimen Pakatan Harapan melaungkan ‘kleptokrasi’ dan kemudian berdiri serta mengangkat poster mengenai janji mereka akan memberi gaji minimum RM1,500 sebulan.
Aksi itu dibalas dengan Ahli Parlimen BN mengangkat pula buku Bajet 2018.
Terdahulu sebelum Najib membentangkan Bajet 2018, Ahli Parlimen Pakatan Harapan turut melaungkan ‘reformasi’.
The post Kleptokrasi bergema di Dewan Rakyat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kleptokrasi bergema di Dewan Rakyat
0 Komentar untuk "Kleptokrasi bergema di Dewan Rakyat"